Tetap susah cari makan… Orang Cina berpaling kepada MN?

Tajuk itu adalah antara petikan perbualan aku dengan seorang apek di Selayang baru-baru ini. Usia aku anggar dalam 70-an. Dia kata dia subkontraktor dan banyak buat projek sana sini satu negara. Dalam galak bercerita, aku cuba pancing dia pasal kerajaan hari ini. “Haiya, sekarang ekonomi talak baik. Manyak susah mau cali makan.” “Apa pasal uncle cakap itu macam? Kerajaan baru pun tarak baik juga ke … Continue reading Tetap susah cari makan… Orang Cina berpaling kepada MN?

E-Tunai Rakyat: Orang kampung berputih ‘mato’

Kesian bonar aku tengok orang kampung menunggu bantuan kerajaan PH tahun ini. Dahlah bantuan diberikan hanya RM30 secara one off, bayar pulak melalui e-dompet, maknanya kena install aplikasi e-wallet baru boleh guna duit tu. Untuk orang kat bandar dan guna telefon android atau iphone bolehlah download dan install E-Wallet TnG, Grab Pay dan Boost, habis tu makcik pakcik kat kampung nun di Hulu Tembeling, di … Continue reading E-Tunai Rakyat: Orang kampung berputih ‘mato’

Mydin tak laku: Rakyat tak ada duit atau pelanggan dah bosan?

Aku jenis berbelanja keperluan rumah sebulan sekali. Beberapa tahun dulu, masa anak-anak aku masih kecil tiap bulan aku angkut family pergi berbelanja di beberapa hypermarket. Sebabnya, tiap hypermarket harga barang tak sama. Ada mahal di sini murah di sana, ada murah di sini mahal di sana. Maaf cakap Mydin tidak ada dalam senarai hypermarket yang aku pergi, sebabnya susah nak cari premisnya. Dulu hanya ada … Continue reading Mydin tak laku: Rakyat tak ada duit atau pelanggan dah bosan?

Antara Neelofa, Vivi Yusof dan Nur Fatiya….

Aku respek betul dengan Neelofa dan Vivi Yusof. Apa tidaknya dalam keadaan negara – dikatakan oleh puak-puak pembangkang – nak muflis, rakyat papa kedana dik tanggung hutang 1MDB dan GST, mereka berdua boleh pulak jadi jutawan. Tak macam artis seorang tu, pagi petang siang malam duk komplen sana-sini, keluh kesah konon rakyat lapar, harga barang melambung tinggi dan kerajaan tak peduli kat media sosial. Neelofa … Continue reading Antara Neelofa, Vivi Yusof dan Nur Fatiya….

Projek perumahan berlimpah, pembeli tak ada… Salah siapa?

Inilah fenomena yang berlaku dalam negara kita sekarang. Tak perlu nak kaji atau kira, tapi tengok dari pandangan mata pun kita dah tahu begitu banyaknya projek-projek perumahan yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Tengoklah sekeliling di Lembah Klang ini, sampai di tepi laluan rel LRT, lereng bukit, atas bukit, celah-celah kilang. Pendek kata ada sekangkang tanah pun akan naiklah projek-projek perumahan sederhana mewah dan mewah … Continue reading Projek perumahan berlimpah, pembeli tak ada… Salah siapa?

Kenanga Wholesale, gedung beg berjenama tiruan yang ‘halal’

SEMALAM aku dipaksa ikut isteri ke Kenangan Wholesale Plaza kat belakang balai bomba Jalan Hang Tuah. Dah lama ku tak ke sana. Terakhir rasanya tahun lepas masa bulan puasa. Itupun sebab nak cari baju raya anak-anak. Tapi semalam aku betul-betul terkejut sebab Kenanga sekarang bukan sekadar menjual pakaian murah dari Vietnam dan China, tetapi sudah bertukar menjadi gedung jualan beg-beg berjenama terkenal tetapi tiruan. Sebut … Continue reading Kenanga Wholesale, gedung beg berjenama tiruan yang ‘halal’

Perihal Dunhill, British American Tobacco dan KWSP

Tengah hari tadi aku duk sembang kat cafe opis aku dengan kawan-kawan yang merokok duk bercerita pasal harga rokok sekarang. Depa semua dah bertukar ke rokok entah jenama apa aku pun tak tahu sebab aku dah lebih 10 tahun berhenti merokok. Dulu aku memang layan Dunhill dan pada masa itu harganya RM4.50 untuk 14 batang. Tapi sekarang katanya dah mencecah RM17 sekotak untuk 20 batang. … Continue reading Perihal Dunhill, British American Tobacco dan KWSP