Tetap susah cari makan… Orang Cina berpaling kepada MN?


Tajuk itu adalah antara petikan perbualan aku dengan seorang apek di Selayang baru-baru ini. Usia aku anggar dalam 70-an. Dia kata dia subkontraktor dan banyak buat projek sana sini satu negara. Dalam galak bercerita, aku cuba pancing dia pasal kerajaan hari ini.

“Haiya, sekarang ekonomi talak baik. Manyak susah mau cali makan.”
“Apa pasal uncle cakap itu macam? Kerajaan baru pun tarak baik juga ke uncle?”
“Yelah, dulu ingat angkat itu Mahathir sebab aa dulu dia manyak bagus, kasi ini negara kaya, senang cali makan. Tapi bila itu Pak Lah sama Najib, manyak makan uang, kasi bangklap ini negara. Itu sebab kita kasi angkat Mahathir lagi.
“Tapi aa… haiya, Mahathir sekarang pun aishh… susah juga, Nasib baik itu ada Guan Eng jadi menteli kewangan.”
“Najib tak bagus ke uncle?” aku try pancing apek ni lagi.
“Haiya,.. makan itu uang manyak. Tapi sampai sikalang belum kasi masuk penjala. Ini kalau China sana aa, kalau makan uang aa dia mesti kena tembak punya,”
“Tapi dia kasi balik sama rakyat pun banyak uncle? BR1M ribu-ribu jugak uncle,”
“Itu saya talak taulah….” sambil pandang jauh ke tepi jalan.
“Yelah, uncle pun buat bisnes mesti kawtim jugak kan?”
“Itu kawtim cari makan maaa…” sambil gelak
“Haa… diorang pun kawtim jugak. Kalau uncle boleh kawtim, apa pasal Najib tak boleh kawtim?”
Apek tu diam sekejap…
“Sikalang pun halaga balang pun manyak mahallah, susah mau cali makan,”
“Aik? Tapi GST sudah tak ada, apa pasal mahal?”
“GST talak, tapi itu SST?”
“Jadi kerajaan lama dengan kerajaan baru samalah ya?”
“Susah mau cakap. Tapi aa orang Cina talak mau tau lu mau jadi menteli ka, kaw tim manyak kuat ka, yang penting kasi senang cari makan laa. Kalau susah mau cari makan apa macam?”
“Betullah uncle. Yang penting senang cari makan,”
“Ok, ok… wa balik dulu aaa… itu amoi sudah mau balik” sambil bangun dan meluru ke arah seorang perempuan muda yang aku agak anaknya. Mereka sama-sama menuju ke Vellfire yang diletakkan di bahu jalan sebelum hilang dari pandangan.

MORAL:
Nampaknya kaum Cina tidak berpuas hati dengan pentadbiran di bawah kerajaan PH. Selepas dua tahun menerajui Putrajaya, nampaknya tiada usaha konkrit dilakukan untuk memulihkan ekonomi negara sehinggakan para peniaga terutama kaum Cina mula mengeluh.

Apakah bermakna kaum Cina akan kembali menyokong Muafakat Nasional (MN) dalam PRU15 akan datang setelah peluang diberikan kepada DAPH menjadi pentadbir negara gagal dan memulihakan ekonomi negara gagal?

Perkara ini tidak mustahil seandainya MN yang merupakan kerjasama UMNO/BN dan Pas berupaya menawarkan formula paling akurat untuk meningkatkan semula ekonomi negara, menaikkan nilai ringgit dan mengembalikan kepercayaan pelabur asing.

Siapa tahu…

Leave a comment