99.9 peratus orang Pas tak percaya itu Anwar


Maaf! Yang ini 99.9 peratus bukan Anwar!

Dua pakar dari AS yang dipanggil untuk mengecam lelaki dalam video seks mengesahkan 99.9 peratus mirip Anwar Ibrahim. Nak tahu macam mana proses pengecaman pakar-pakar ini sila tengok siri TV CSI, CSI: Miami atau CSI: NY. Banyak adegan bagaimana makmal CSI mengecam mangsa atau penjenayah. Kalau tak faham boleh jugak semak blog Kickdefella di sini!

Atau rajin-rajin juga tengok Discovery Channel atau History Channel. Kat situ pakar-pakar Barat tunjukkan bagaimana proses pengecaman dibuat. Bukan takat manusia, dinasour pun boleh mereka cam berdasarkan tengkoraknya.

Walaupun pakar dari AS (bukan ahli UMNO yeop) mengesahkan 99.9 peratus lelaki itu mirip Anwar tetapi 99.9 peratus puak-puak Pas tak akan percaya punya. Sebabnya ada 0.01 peratus lagi yang tidak mirip maka orang Pas akan mempertahankan yang 0.01 peratus tersebut. Teori itu yang digunakan pakai oleh Mahfuz bila komen pasal pengesahan pakar luar negara ini.

Yang pelik, masa Anwar terlibat kes liwat pertama pada 1997 dulu, 99.9 peratus puak-puak Pas percaya bahawa Anwar telah meliwat pemandu bininya Azizan dan terlibat dengan pelbagai skandal. Oh… apa nak pelik! Masa tu Anwar dalam UMNO, maka semua laporan itu boleh dipercayailah!

Akibat pemecatan Anwar sebagai TPM yang antara lain sebab keinginan luar tabiinya dan skandal dengan bini Azmin, maka Pas terutama Mat Sabu bersorak girang pada masa tu. Sebabnya ada modal nak bantai UMNO terutama Anwar habis-habisan. Habis satu negara dipukul canang bahawa Anwar sebagai peliwat dan Mat Sabut yang kini jadi Timbalan Presiden Pas sampai gelar Anwar sebagai Aljuburi! Huhu…

Sekarang ini lain pula senarionya! Walaupun para pakar luar negara kata 99.9 peratus lelaki dalam video itu adalah Anwar, mereka tidak akan percaya langsung. Mereka lebih percaya cakap Nik Aziz atau Hadi Awang yang tak tengok pun video tersebut tapi kata itu bukan Anwar. Atau mereka lebih percaya cakap Anwar sendiri. Haha… Mana ada orang gila mengaku dia gila yeop!. Cuba tanya mereka yang kat Tampoi atau Tanjung Rambutan. Silap-silap kita pulak dituduh gila tanya soalan gila-gila macam tu!

Tapi cubalah isu video seks ini melibatkan wajah mirip-mirip Najib ke Muhyiddin ke, aku percaya walaupun 99.9 peratus pakar kata ia bukan Najib atau Muhyiddin, tapi puak-puak Pas tetap akan kata itu adalah Najib atau Muhyiddin, sebab masih ada 0.01 peratus lagi mirip.

Gitulah perangai orang Pas terutama para pemimpin mereka yang kini semakin kemaruk nak duduki Putrajaya seperti yang dijanjikan oleh Anwar.

Pssttt…. Puak-puak DAP tak nak komen apa-apa ke pasal ketulenan pelakon dalam video seks ni?

Leave a comment